Friday, April 21, 2006

Alasan

Banyak alasan yg kite boleh gunakan untuk mengelakkan diri dari sesuatu keadaan dan perkara. Aku rasa untuk memberi alasan itu bukanlah sesuatu yg mudah kerana ia memerlukan strategi dan fakta yg amat kukuh untuk menguatkan sesuatu alasan tersebut. Bagi seseorang yg tak pandai untuk menipu seperti aku...membuat alasan memang selalunyer 'fail' dan aku akan jadikan kawan-kawan aku sebagai rujukan dan panduan untuk mengarang satu alasan yg boleh digunapakai. Setiap kali aku nak ponteng keje aku akan merujuk pada mereka, apakah jenis alasan yg patut aku gunakan supaya aku dapat merehatkan diri di rumah dengan rasa selesa dan aman. Dan kawan-kawan aku terdiri daripada 'sangbijakpandai' yg mempunyai perkerjaan yang agak hebat-hebat belaka seperti QC, Engineer, Marketing Exec, Graphic Designer, Programmer, Architect dan lain-lain lagi lah! Ha...Alasan-alasan yg aku guna setiap kali nak ponteng keje ialah 'sakit perut', 'not feeling well' (tah aper-aper), 'demam', 'period pain' (wajib pada setiap bulan), 'food poisioning' (sebab mkn tomyam), 'medical checkup' (idea kerol) dan mcm-mcm lagi....

Tapi kadang-kadang bila kite sudah kehabisan idea untuk memberi alasan, mula la datangnya idea yg amat bodoh dan seboleh-bolehnya nak digunapakai walaupun ia agak tidak logik bagi org lain...dan yg pasti idea itu datangnya dari aku sendiri, tanpa bertanyakan pendapat kawan-kawan aku yg handal lagi bijaksana tu...kan aku dah bgtau yg aku tak pandai menipu arghhh...!!! Semalam aku ponteng keje lagi kerana bila aku bgn tido pagi semalam aku dgr mak aku membebel dan riuh rendah bunyi suara anak buah aku...apehal pepagi dah bgn semua org..?? rupe-rupenya paip air bawah umah aku pecah da...bukan main seronok lagi anak buah aku tgk air pancut...!!! siap ckp "Mak Su..air pancut!!!" hahaha...so datang la idea aku untuk ponteng keje...hahah ambil hp, go to text message, write message.....type "En.Zul..saya EL hari ni..umah saya takder air..." Hahahaha...best tak alasan aku...??? dan paling best bos aku reply..."OK"....hahaha...Cuti Suda...!!

4 comments:

s0uLz said...

mcm shialll..!!! does it sound familiar..??? =P

nikman said...

nasib baik anak buah ko sebut betul. kalo 'air Mak Su panjut..'? hah camne? hahahahaha

Anonymous said...

"...Dan kawan-kawan aku terdiri daripada 'sangbijakpandai' yg mempunyai perkerjaan yang agak hebat-hebat belaka seperti QC, Engineer, Marketing Exec, Graphic Designer, Programmer, Architect dan lain-lain lagi lah!"
nie yg aku xpuas ati nih...dh kuar asap kot telinga aku yg cun nie..
aku punya la berhempas pulas,.. berpintal2 carik idea (mendidih + rentung dh kapla otak ni), selak abis buku "dan maka terciptalah alasan si pa'e",..skali nama aku bole xde dlm listing 'sangbijakpandai' nie??!!
kang kuar plak buku "dan bila pa'e bermurka"..abis suda kamu lynn!!
agkt geng motour serang itu bkt jalil, br pdn muka...waakakaaa!!
eh..tetiba terasa cam nk call en zul ko tu la..nk borak2...bole lynn?!(kapla tumbuh tanduk suda...)
hehehe :P

Lynn said...

heheh...sorry pa'e..kotak pemikiranku ketika itu tidak terlintas nama kamu...lain kali kena rajin-rajin melintas...jgn asyik naik jambatan jer...!! hahaha