Al Fatihah buat lecturer ku Ms. Puteri Zalina yang telah kembali ke Rahmatullah pada 15 May 2006 kira-kira pada pukul 11.30 pagi semalam kerana mengidap lelah...kawan-kawan kolej aku sampaikan berita nie melalui YM dan ia betul-betul mengejutkan aku...
Bagi aku arwah adalah seorang lecturer yg paling baik dan paling disayangi oleh semua student di Institute Infotech MARA...seingat aku hampir setiap semester arwah mengajar aku dan aku rasa semua student takkan ponteng kelas bila ada kelas dia...memang seronok belajar dgn dia sebab dia sentiasa buat lawak dan pandai amik hati student supaya tak boring dalam kelas...sedih sesangat aku rasa bila dia takder dan siapa sangka lecturer yg sihat tubuh badan, masih belum berkahwin, sentiasa nampak gembira, suke ketawa, dialah tempat meluahkan perasaan telah pergi sekelip mata...aku still ingat lagi aku adalah salah seorang student yg selalu jumpa dia bila ada problem dulu (problem bf la), menangis sampai bengkak mata depan dia...semua student sayangkan dia dan menganggap dia sebagai kakak sendiri dikalangan semua student tak kira student lelaki atau perempuan...
Semalam selepas waktu kerja aku pergi ke rumah arwah di Puncak Alam dgn Khaleel untuk menziarah, aku tak sempat tgk wajah arwah untuk kali terakhir tapi at least aku dapat jumpa mak arwah dgn adik-adik dia yg lain...pukul 12.30 malam baru aku sampai umah dan terus tido tapi sampai ke hari ini aku masih lagi tak percaya yg dia dah pergi...Semoga dia dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org-org yg solehah.... -Amin-
5 comments:
Interesting website with a lot of resources and detailed explanations.
»
Your site is on top of my favourites - Great work I like it.
»
Hmm I love the idea behind this website, very unique.
»
Looks nice! Awesome content. Good job guys.
»
Hmm I love the idea behind this website, very unique.
»
Post a Comment